TUITION TERHANGAT DI PASARAN - SCORE A

Friday, December 2, 2011

Perjalanan Ke Tanah Suci

























Pada 6.10.2011 hingga 21.11.2011, Sifoo telah menunaikan haji. Banyak pengalaman manis dan pahit di sana.




Sifoo sekarang sedang menyiapkan buku untuk dikongsi bersama. Pengalaman ini diharap akan dikongsi bersama anda semua.




Paling menyayat hati semasa menunaikan haji, sebujur tubuh mati di depan mata. Hati mesti dibersihkan sebelum menunaikan haji. Hati yang kotor mesti dihapuskan.




Tak lupa juga ada yang sesat berbulan-bulan di Mekah. Semasa hendak melontar di Jamrah, Sifoo terjumpa seorang mak cik dari Malaysia yang menyatakan telah hilang dari bulan Ramadan lagi. MasyaAllah.




Apa-apa pun itu semua sebahagian cerita yang tak dapat dilupakan. Nantikan kemunculan buku Sifoo yang lebih memperincikan cerita di sana.




Gambar-gambar di sana akan ditonjolkan untuk menguatkan lagi cerita.




Wabillahhi taufik wal hidayah.


http:www.mudahbelajar.com










Assalamualaikum.

































Wednesday, January 26, 2011

Cameron With Love














Masa cuti sekolah yang lepas Sifoo Sidee telah bercuti di Cameron Highlands.

Dah lama tak pergi ke sana.

Hampir 5 tahun juga. Banyak perubahan berlaku.

Sifoo Sidee tengok banyak gerai telah dibina.

Dulu tak ada Kea Farm. Sekarang dah ada. Banyak hasil jualan di Kea Farm.

Nak rasa juga masuk ladang teh. Alamak nasib tak baik. Kereta banyak pada masa itu.

Jammed juga untuk ke sana. Balik dari ladang, jalan bertambah sesak.

Sifoo Sidee dah serik nak masuk ladang teh. Terutama masa cuti sekolah.

Kereta dan bas berpusu-pusu masuk ke ladang.

Kalau hari biasa mungkin tak apa. Kalau musim cuti jangan masuk.

Jalan dah la kecil, lepas tu bertembung dengan bas-bas pelancong.

Cuaca di Cameron pada masa tu dah tak berapa sejuk.

Mungkin kesan pembukaan tanah yang banyak. Pokok makin kurang, cuaca bertambah panas.

Tapi yang penting, strawberry masih boleh hidup.

Seronok juga kerana Cameron sinonim dengan buah strawberry.

Mana-mana pergi mesti jumpa ikon strawberry.

Kalau ada kelapangan lagi, Sifoo Sidee akan ke sana lagi.

Thursday, August 12, 2010

Ceramah Kepada Calon SPM













Baru-baru ini, Sifoo sidee telah memberi ceramah kepada calon SPM 2010.

Pelbagai tip dan panduan telah diberi kepada mereka.

Kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan masih tak faham format sebenar.

Mereka perlu mengetahui teknik menjawab yang betul.


Tanpa kemahiran menjawab soalan, sukar bagi mereka mendapat markah yang baik.

Akhir sekali, Sifoo Sidee mengucapakan selamat menduduki peperiksaan SPM dan lulus dengan cemerlang.


Kata A, Rasa A, Fikir A. Mesti result A............

Friday, July 16, 2010

Strategi Mudah Belajar, Sesenang ABC












Pada 15.7.2010, Sifoo Sidee buat talk pasal Bagaimana Nak belajar Sesenang ABC.

Pelajar nampaknya seronok mengikuti ceramah Sifoo Sidee.
Semua kerja yang Sifoo Sidee beri, mereka buat sampai habis.

Yang menariknya, ada yang membetulkan kesilapan yang Sifoo Sidee buat.
Nampaknya mereka faham tentang apa yang Sifoo Sidee ajar kat mereka.
Belajar ni sebenarnya bukan susah. Kenapa mereka boring pada satu-satu subjek.
Mereka rasa susah untuk faham. Semuanya Sifoo Sidee dedahkan dalam ceramah ni.

Sikap juga memainkan peranan kepada pelajar.
Jika mereka ambil sikap sambil lewa terhadap sesuatu mata pelajaran, habiskan.

Sifoo Sidee berusaha mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu mata pelajaran.
Jangan anggap kegagalan pada hari ini tiada harapan untuk berubah.
Semuanya terletak pada diri pelajar sendiri.

Jika ingin berjaya, orak langkah dari sekarang.

Selamat belajar dan maju jaya......................

Sunday, February 21, 2010

Sukan Tahunan 2010





























Hari ini, 21.2.2010 warga SMKBBSS mengadakan Sukan Tahunan 2010.

Tahun ini buat ala kadar je.......tapi meriah.

Disebabkan masih dalam mood cuti, kerja agak kelam kabut sikit.


Semua kerja buat last minit.

Namun Lekir tetap juara dalam perhiasan rumah sukan. Bravo.


Tahun ni, Lekiu menjadi johan rumah sukan semenjak menunggu 7 tahun.


Semangat kesukanan yang ditunjukkan mereka harus dijadikan teladan.

Tanpa kerjasama semua ahli rumah tak mungkin mereka ke puncak jaya.


Rumah-rumah lain perlu jejak langkah mereka kalau nak berjaya.

Tak lupa, bekas pelajar SMKBBSS turut hadir untuk menyaksikan sukan tahun ini.

Terima kasih buat kalian kerana masih ingat kami di sini.


Result SPM tak lama lagi.

Kita nantikan pula kehebatan result SPM anda pula.